Angka kematian wartawan di Gaza meningkat kepada 232 ketika serangan Israel berterusan

Jumlah wartawan terbunuh di Gaza meningkat kepada 232 sejak Israel melancarkan kempen ketenteraannya pada Okt 2023, lapor Anadolu memetik Pejabat Media Kerajaan di kawasan terkepung itu pada Khamis.

“Jumlah wartawan yang terbunuh kini mencecah 232 sejak permulaan perang genosid di Jalur Gaza, berikutan pembunuhan wartawan Adam Abu Harbid,” katanya dipetik.

Menurutnya, Abu Harbid bekerja dengan pelbagai media sebagai wartawan foto.

Pejabat media dilaporkan mengutuk sekeras-kerasnya sasaran sistematik Israel terhadap wartawan di Gaza dan menggesa Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Kesatuan Wartawan Arab dan organisasi media di seluruh dunia untuk mengecam serangan tersebut.

“Kami menganggap pendudukan Israel, pentadbiran AS dan negara bersubahat dalam genosid seperti UK, Jerman dan Perancis bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah kejam dan ganas ini,” katanya dipetik Anadolu.

Abu Harbid terbunuh bersama tiga saudara-mara dalam serangan helikopter Israel yang melanda sebuah khemah dekat pasar Al-Yarmouk di bandar Gaza, sumber perubatan memberitahu Anadolu. Isteri dan anak-anaknya dilaporkan turut cedera dalam serangan itu.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju