Angka kematian Gaza cecah 61,330 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023

Angka kematian Gaza cecah 61,330 sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023

Angka kematian di Jalur Gaza mencecah 61,330, yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan sekurang-kurangnya 152,359 yang lain cedera, lapor WAFA malam tadi.

Angka ini menurutnya masih tidak lengkap, kerana ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat.

Menurut WAFA, sumber perubatan mengesahkan sejak Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan meneruskan pencerobohannya di Jalur Gaza pada 18 Mac 2025, sekurang-kurangnya 9,824 orang awam telah terbunuh dan 40,318 yang lain cedera.

Jumlah pencari bantuan yang terbunuh dan dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu dilaporkan mencecah 16 orang, dengan lebih 250 yang lain cedera. Ini meningkatkan jumlah pencari bantuan yang terbunuh ketika cuba mendapatkan keperluan asas dan dibawa ke hospital kepada 1,772, dengan lebih 12,249 cedera, menurut rekod hospital.

Menurut WAFA, sumber menyatakan 72 mayat dan 314 individu yang cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam pada itu, hospital di Jalur Gaza dilaporkan merekodkan empat kematian baharu, termasuk dua kanak-kanak, sejak 24 jam lalu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan.

Sumber perubatan menurut WAFA mengesahkan angka kematian meningkat kepada 201, termasuk 98 kanak-kanak, akibat dasar kelaparan dikenakan oleh tentera pendudukan Israel di Jalur Gaza.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju