Angka kematian akibat banjir kilat yang melanda tapak perkhemahan di kawasan belantara di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China, dilaporkan meningkat kepada 12 selepas penyelamat menemui mangsa terakhir yang hilang pada pagi Jumaat.
Menurut Xinhua, bencana itu berlaku sekitar jam 10 malam pada 16 Ogos lalu di kawasan hulu sungai di Urad Rear Banner di Bayannur City, menyebabkan 13 orang berkhemah tidak dapat dikesan dan empat kenderaan dihanyutkan.
Seorang dilaporkan telah diselamatkan, dan lebih 1,600 penyelamat telah dihantar ke tapak untuk mencari mangsa yang hilang.



