Operasi menyelamat diteruskan di kawasan dilanda gempa bumi pada Rabu; dengan angka kematian di wilayah timur Kunar mencecah 1,457 orang, menurut laporan Pajhwok.
Timbalan jurucakap Emirat Islam Afghanistan, Hamdullah Fitrat, dilaporkan membuat catatan di X: “Setakat ini, jumlah yang terkorban mencecah 1,457 orang, jumlah yang cedera 3,394 orang, dan jumlah rumah yang musnah di kawasan tersebut telah mencecah 6,782 orang.”
Menurutnya, pasukan penyelamat telah bekerja sepanjang hari untuk menarik keluar orang yang terperangkap di bawah runtuhan dan memindahkan yang cedera.
Gempa bumi itu menurut Pajhwok, menyebabkan kerosakan paling banyak di Kunar diikuti Nangarhar, Laghman, Panjshir dan Nuristan.



