Seorang anggota keselamatan terbunuh dan tiga lagi cedera dalam letupan alat letupan buatan Naxal di negeri tengah India, Chhattisgarh pada Isnin, lapor Xinhua memetik polis tempatan.
Insiden itu berlaku di kawasan Taman Nasional di daerah Bijapur di Chhattisgarh, ketika pasukan keselamatan Pengawal Simpanan Daerah menjalankan operasi anti-Naxal.



