Seorang lelaki yang juga anak bekas pemimpin kerajaan terdahulu ditahan polis selepas sejumlah dadah ditemui dalam kereta miliknya di Lebuh Raya Sprint, di Petaling Jaya, semalam, BH Online melaporkan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dilaporkan mengesahkan tangkapan lelaki berusia lingkungan 20-an itu.
“Ya, saya sahkan (penahanan itu),” dia dipetik berkata tanpa mengulas lanjut ketika dihubungi.
Menurut BH Online, berdasarkan maklumat, tangkapan itu dibuat ketika operasi pencegahan jenayah bersepadu oleh anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sekitar Damansara.
Dalam operasi itu, kereta milik suspek dilaporkan diperiksa dan polis turut menemui sejumlah kecil heroin bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah.
Menurut laporan itu, suspek difahamkan turut mempunyai rekod kes lampau berkaitan dadah.



