Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda wilayah Balikesir barat Turkiye lewat Isnin, mencetuskan panik meluas, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa.
Presidensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), agensi kebangsaan yang bertanggungjawab bagi pengurusan bencana dan kecemasan, dilaporkan berkata di X, gempa bumi itu melanda daerah Sindirgi pada jam 10:48 malam waktu tempatan (1948 GMT).
Menurut Xinhua, rakaman disiarkan oleh NTV menunjukkan penduduk bergegas ke jalan-jalan ketika gegaran menggegarkan kawasan itu. Video disiarkan dalam talian kelihatan menunjukkan beberapa bangunan runtuh.
Gempa bumi itu juga dirasai di wilayah berdekatan, termasuk Istanbul, Bursa, dan Izmir, menurut Xinhua.
Pada Ogos, gempa bumi berukuran 6.1 magnitud dilaporkan melanda daerah yang sama, membunuh seorang dan mencederakan 29 yang lain.



