Dua maut dalam letupan di lombong bawah tanah di Australia

Dua pekerja terbunuh dan seorang lagi cedera dalam letupan di lombong yang baru dibuka semula di negeri New South Wales, Australia awal pagi Selasa, Reuters melaporkan.

Perkhidmatan kecemasan telah dipanggil ke pekan perlombongan terpencil Cobar, kira-kira 700 km (435 batu) barat laut Sydney, selepas diberitahu bahawa orang cedera parah dalam kejadian di tempat kerja, polis dilaporkan berkata.

Menurut Reuters, media Australia melaporkan kejadian itu berlaku di lombong perak, zink dan plumbum Endeavor, yang dimiliki oleh Polymetals Resources Ltd.

Lombong itu telah beroperasi sejak tahun 1982 tetapi ditutup untuk penyelenggaraan pada 2020. Polymetals membeli tapak itu pada 2023 dan memulakan semula operasi perlombongan tahun ini, menurut laman web syarikat itu, lapor Reuters.

Premier New South Wales, Chris Minns, dilaporkan berkata walaupun keselamatan perlombongan telah bertambah baik, kematian menunjukkan bahawa sektor itu tidak boleh berhenti berwaspada mengenai keselamatan pekerja.

“Ini merupakan hari yang menyayat hati bagi komuniti Cobar dan akan dirasai di seluruh industri perlombongan,” Minns dilaporkan berkata dalam satu kenyataan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju