Dua askar Syria dibunuh oleh lelaki-lelaki bersenjata tidak dikenali di utara negara itu, kata pihak berkuasa, Anadolu melaporkan.
Serangan itu berlaku dekat bandar Al-Bab, timur Aleppo pada Ahad, kata Direktorat Media dan Komunikasi Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan disiarkan Agensi Berita Arab Syria (SANA), menurut Anadolu.
Usaha intensif dilaporkan dilakukan oleh kerajaan Syria untuk memulihkan keselamatan di seluruh negara sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024, selepas hampir 25 tahun berkuasa.




