Persatuan Perubatan Afrika Selatan putuskan hubungan dengan Israel, gesa penggantungan global

Persatuan Perubatan Afrika Selatan (SAMA) mengumumkan keputusannya untuk “menggantung serta-merta semua hubungan profesional dan dua hala” dengan Persatuan Perubatan Israel (IMA), memetik kebimbangan besar terhadap krisis kemanusiaan di Gaza dan dakwaan pelanggaran etika perubatan antarabangsa, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Sabtu, SAMA, yang mewakili doktor di seluruh Afrika Selatan, dilaporkan berkata ia juga akan mendesak agar IMA digantung daripada Persatuan Perubatan Dunia (WMA).

SAMA berkata keputusan ini, yang diterima pakai pada 3 Oktober berikutan apa yang disifatkannya sebagai “perundingan yang meluas” mencerminkan pandangan persatuan bahawa IMA telah gagal untuk menegakkan “etika perubatan antarabangsa dan kewajipan kemanusiaan” dalam konteks konflik.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas pemintasan Israel terhadap Flotila Sumud Global dan penahanan pesertanya di perairan antarabangsa ketika mereka cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Dalam kenyataan itu, SAMA dilaporkan berkata, keputusannya akan kekal berkuat kuasa sehingga IMA mengambil “tindakan awam dan boleh disahkan” termasuk menuntut pembebasan kakitangan perubatan Palestin yang ditahan, mengutuk pemusnahan sistem penjagaan kesihatan Gaza, mengecam penggunaan kebuluran sebagai dasar dan sekatan bekalan perubatan penting, dan mengambil langkah aktif untuk memastikan penjagaan perubatan Israel yang mencukupi untuk semua individu.

“Resolusi ini mencerminkan komitmen SAMA untuk menegakkan etika perubatan, hak asasi manusia dan kesucian kerja penjagaan kesihatan dalam situasi konflik,” kata organisasi itu sambil menambah bahawa pendiriannya sejajar dengan prinsip WMA dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju