Dua warga China terbunuh pada Isnin apabila sebuah bas mikro berlanggar dengan kereta persendirian dekat kompleks piramid Giza di Greater Cairo, lapor Xinhua memetik Kedutaan China di Mesir.
Tujuh lagi, termasuk tiga warga China, cedera dalam nahas itu, yang berlaku di Jalan Pelancong Giza, menurut kedutaan itu.
Menurut saluran berita tempatan Al-Masry Al-Youm, Xinhua melaporkan, bas mikro itu tergelincir keluar dari lorongnya dan melanggar beberapa kereta yang datang.



