Slovenia kenakan larangan perjalanan ke atas Netanyahu

Slovenia pada Khamis mengenakan larangan perjalanan ke atas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor Reuters memetik kenyataan kerajaan, selepas tahun lalu secara rasmi mengiktiraf Palestin dan pada Julai mengharamkan dua menteri kabinet Israel berhaluan kanan.

“Dengan tindakan ini Slovenia mengesahkan komitmennya terhadap undang-undang antarabangsa, nilai sejagat hak asasi manusia dan dasar luar yang berprinsip dan konsisten,” kata Neva Grasic, Setiausaha Negara di Kementerian Luar, menurut akaun X kerajaan, seperti dilaporkan Reuters.

Slovenia, anggota EU mengenakan sekatan senjata ke atas Israel pada Ogos dan memperkenalkan larangan import barangan yang dikeluarkan di wilayah Palestin yang diduduki Israel.

Grasic dilaporkan berkata, kerajaan bertindak terhadap Netanyahu kerana dia dituduh oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa melakukan jenayah perang di Gaza.

“Orang ramai sedar bahawa prosiding sedang dijalankan terhadapnya kerana melakukan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan,” kata Grasic.

“Dengan keputusan ini, kerajaan menghantar mesej jelas kepada negara Israel bahawa Slovenia mengharapkan pematuhan yang konsisten terhadap keputusan mahkamah antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” tambahnya.

Negara kecil Alpine itu bersama negara Eropah yang lain telah berulang kali menggesa gencatan senjata di Gaza dan meningkatkan penghantaran bantuan ke kawasan itu.

Pada Julai, kerajaan mengenakan sekatan ke atas eksport, import dan transit senjata ke dan dari Israel, dua minggu selepas ia mengisytiharkan menteri keselamatan negara Israel Itamar Ben-Gvir dan menteri kewangan Bezalel Smotrich persona non grata berhubung “kenyataan genosid” dan hasutan keganasan terhadap rakyat Palestin.

Pada Ogos, Slovenia memperkenalkan larangan import barangan yang dikeluarkan di wilayah Palestin yang diduduki Israel dan meluluskan pakej bantuan tambahan untuk rakyat Palestin di Gaza.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju