India lanjut larangan ruang udara ke atas pesawat Pakistan sehingga 24 Okt

Kerajaan India melanjutkan NOTAM (Notis kepada Penerbang) untuk penerbangan Pakistan sehingga 24 Oktober, lapor Xinhua memetik pegawai pada Selasa.

Menurut NOTAM yang dikeluarkan oleh kementerian penerbangan awam persekutuan, tiada pesawat yang didaftarkan di Pakistan, dan dikendalikan, dimiliki atau disewa oleh syarikat penerbangan atau pengendali Pakistan akan dibenarkan memasuki ruang udara India sehingga 24 Okt. Larangan ruang udara juga terpakai kepada pesawat tentera Pakistan seperti dalam NOTAM, menurut laporan Xinhua.

Pakistan juga dilaporkan menutup ruang udaranya untuk pesawat India sehingga 24 Okt.

Dengan sambungan baharu itu, penutupan ruang udara bagi pesawat masing-masing akan memasuki bulan keenam.

NOTAM ialah notis yang digunakan dalam sektor penerbangan untuk memberi amaran kepada juruterbang pesawat tentang potensi bahaya di sepanjang laluan penerbangan atau di lokasi yang boleh menjejaskan operasi penerbangan.

NOTAM di kedua-dua pihak dikeluarkan di tengah-tengah ketegangan diplomatik antara New Delhi dan Islamabad pada April tahun ini berhubung serangan di mana 26 orang terbunuh oleh lelaki bersenjata di kawasan Baisaran di pekan Pahalgam, kira-kira 89 km timur bandar Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir yang dikuasai India, menurut Xinhua.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju