Serangan dron pada waktu malam oleh Ukraine membunuh empat orang dan mencederakan seorang di wilayah Samara, Rusia, kata Gabenor wilayah Vyacheslav Fedorishchev pada Sabtu, menurut laporan Xinhua.
“Dengan kesedihan yang mendalam saya melaporkan bahawa empat orang terbunuh akibat serangan malam oleh UAV musuh,” Fedorishchev dilaporkan sebagai berkata di media sosial.
Seorang lagi cedera, dan kerajaan wilayah akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada keluarga mangsa, termasuk sokongan kewangan, menurutnya.
Kementerian pertahanan Rusia dilaporkan berkata pada Sabtu bahawa sistem pertahanan udara menembak jatuh 149 dron semalaman, termasuk 15 di wilayah Samara.



