Bekas Ketua Hakim Nepal, Sushila Karki dipilih sebagai pemimpin sementara negara itu, kata seorang pegawai dari pejabat presiden Nepal, selepas protes anti-rasuah ganas memaksa Perdana Menteri K P Sharma Oli meletak jawatan minggu ini, lapor Reuters.
Karki, 73, satu-satunya wanita yang memegang jawatan ketua hakim Mahkamah Agung Nepal, akan mengangkat sumpah pada 2045 waktu tempatan (1500 GMT), kata Archana Khadka Adhikari, pegawai penerangan di pejabat presiden.
Sekurang-kurangnya 51 orang dilaporkan maut dan lebih 1,300 cedera dalam keganasan beberapa hari lalu.



