Berpuluh-puluh rakyat Palestin di Gaza terbunuh dalam beberapa jam lalu

Angka kematian rakyat Palestin di Gaza semakin meningkat, manakala kemusnahan meluas, ketika tentera zionis Israel kelihatan meningkatkan serangan mereka ke atas enklaf itu.

Sumber perubatan di hospital Gaza mengesahkan angka kematian sejak beberapa jam lalu mencecah 36, menurut laporan WAFA.

Dalam laporan WAFA terbaharu, empat rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Khamis selepas pesawat perang Israel menyerang sekumpulan orang awam di kawasan kejiranan Al-Katiba di utara Khan Younis, selatan Jalur Gaza.

Berpuluh-puluh lagi cedera apabila serangan udara Israel menyasarkan rumah keluarga Abu Khair dekat sebuah klinik perubatan di kem pelarian Al-Shati, barat bandar Gaza. Kejiranan Al-Sabra di bahagian selatan bandar itu juga mengalami beberapa siri serangan udara.

Sementara itu, koresponden WAFA dilaporkan berkata, pesawat perang Israel memusnahkan lapan rumah di kem Al-Shati pada awal hari, milik keluarga Jadallah, Sammour, Basal, Abu Ajwa, Matariya, Hammouda, Taha, dan Abu al-Khair.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju