Serangan Israel ke atas Yaman: 35 terbunuh, 131 cedera

Pasukan pendudukan Israel melancarkan pencerobohan ke atas Yaman pada Rabu, melakukan beberapa siri serangan udara yang menyasarkan ibu kota Sanaa dan meluas ke wilayah Al-Jawf, dengan angka awal Kementerian Kesihatan Yaman, 35 warga Yaman terbunuh dan 131 cedera, menurut laporan Al Mayadeen pada Rabu.

Di al-Jawf, pesawat perang Israel menyerang kompleks kerajaan di daerah Hazm, menurut wartawan Al Mayadeen.

Wartawan terbabit juga melaporkan pencerobohan ke atas Sanaa menyasarkan stesen perubatan sektor kesihatan di Al-Sitteen Street, barat daya Sanaa, serta ibu pejabat Jabatan Bimbingan Moral Kementerian Pertahanan di kejiranan Tahrir di tengah ibu negara.

Menurutnya, serangan terhadap ibu pejabat Jabatan Bimbingan Moral mengakibatkan kematian dan kecederaan serta merosakkan beberapa rumah.

SABA turut melaporkan pencerobohan Israel menyasarkan bangunan Bank Pusat cawangan Yaman di Al-Hazm, Kegabenoran Al-Jawf, mengakibatkan kecederaan dalam kalangan pekerja.

Menurut Al Mayadeen, sumber kanan mendedahkan, pencerobohan itu menyasarkan ibu pejabat dua akhbar Yaman tempatan di Jalan Al-Tahrir di tengah Sanaa, membunuh dan mencederakan wartawan.

Pencerobohan itu juga dilaporkan menyebabkan kematian dalam kalangan orang yang lalu-lalang.

Ketika pencerobohan dilancarkan, jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman Brigedier Jeneral Yahya Saree menyatakan dalam catatan media sosial, pertahanan udara Yaman sedang menangani dan memintas pesawat Israel yang melakukan pencerobohan terhadap negara mereka, memaksa mereka keluar dari ruang udara dan menggagalkan misi mereka menyasarkan wilayah lain.

Saree dilaporkan memperincikan, beberapa peluru berpandu permukaan-ke-udara telah dilancarkan dalam proses itu.

Dalam catatan lain, Saree menafikan dakwaan pendudukan Israel yang menyasarkan pelancar peluru berpandu, menegaskan bahawa serbuannya menyasarkan sasaran awam semata-mata, termasuk ibu pejabat dua akhbar tempatan, menurut Al Mayadeen.

Dia dilaporkan menyatakan beberapa orang maut dan cedera dalam kalangan wartawan, serta orang awam dan orang yang lalu-lalang.

Dia menegaskan “pencerobohan kejam ini tidak akan berlalu tanpa tindak balas dan hukuman”.

Menurut Al Mayadeen, sumber tentera udara Israel memberitahu media Israel, “serangan ke atas Yaman melibatkan lebih daripada 10 jet pejuang, dan lebih daripada 30 amunisi digunakan terhadap 15 tapak”.

Bagi pihaknya, ketua Majlis Politik Tertinggi Yaman, Mahdi al-Mashat, mengisytiharkan pencerobohan Israel terhadap Yaman telah gagal dan berikrar untuk membalas.

Dalam ucapan kepada agensi berita SABA seperti dilaporkan Al Mayadeen, al-Mashat menekankan bahawa semua warga Israel “mesti berjaga-jaga, kerana tindakan balas tidak dapat dielakkan,” sambil menegaskan bahawa pencerobohan Israel membolehkan Yaman bertindak balas dengan kekuatan penuh.

Sementara itu, Kementerian Luar Yaman di Sanaa dilaporkan memberi amaran bahawa pendudukan Israel “akan membayar harga mahal untuk pencerobohan berterusannya terhadap Yaman,” dengan menyatakan bahawa serangan terhadap orang awam dan objek awam “merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Kementerian juga memuji Angkatan Pertahanan Udara kerana memintas pesawat Israel, menegaskan pencerobohan itu “hanya akan menguatkan keazaman Yaman dan rakyatnya untuk menyokong Palestin dan mengukuhkan pendirian moral dan sejarah mereka yang teguh dalam solidariti dengan Gaza dan rakyat Palestin”.

Ia mengutuk sikap berdiam diri antarabangsa berhubung jenayah entiti Israel di Yaman, Gaza, dan negara lain di rantau itu.

Sementara itu, sumber tentera peringkat tinggi memberitahu Al Mayadeen bahawa segerombolan pesawat perang Israel, yang dalam perjalanan untuk menyasarkan beberapa wilayah Yaman, berjaya dihalang.

Israel menurut sumber itu, menyerang sasaran awam semata-mata, dengan menyatakan kompleks kerajaan di Al-Jawf adalah kemudahan awam yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai tanpa sebarang fungsi ketenteraan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju