Menteri Luar Norway Espen Barth Eide pada Selasa mengutuk serangan Israel di Qatar, lapor Xinhua.
Eide menyifatkan serangan itu sebagai “pelanggaran undang-undang antarabangsa yang sangat serius,” Xinhua memetik penyiar Norway NRK.
Israel dilaporkan melancarkan serangan udara yang tidak pernah berlaku sebelum ini di ibu negara Qatar, Doha pada Selasa, menyasarkan bangunan yang digunakan oleh pegawai kanan Hamas dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa Israel sebagai cubaan untuk membunuh pemimpin kumpulan itu.
Serangan itu dipercayai yang pertama dilakukan oleh Israel di Qatar. Ia berlaku sehari selepas sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam, mengaku bertanggungjawab atas insiden tembakan di Baitulmaqdis yang mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang, menyifatkannya sebagai tindakan balas terhadap tindakan berterusan Israel.



