Lapan orang, semuanya ahli keluarga yang sama, terbunuh di wilayah Farah di barat Afghanistan pada Isnin, kata jurucakap kerajaan wilayah Abdul Malik Osama pada Selasa, menurut laporan Xinhua.
Letupan maut itu berlaku di sebuah rumah di daerah Balablok pada petang Isnin, menurut pegawai itu.
Menurutnya, mangsa membabitkan suami isteri dan enam anak mereka.



