Rusia landa Kyiv dengan dron dan peluru berpandu, mengorbankan sekurang-kurangnya 2

Serangan dron dan peluru berpandu Rusia ke atas ibu negara Ukraine pada Ahad membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan asap membubung dari bumbung bangunan utama kerajaan, lapor AP.

Wartawan Associated Press (AP) dilaporkan melihat kepulan asap yang naik dari bumbung bangunan kabinet menteri di Kyiv, tetapi ia tidak segera jelas sama ada asap itu adalah akibat daripada hentaman langsung, yang akan menandakan peningkatan dalam kempen udara Rusia. Rusia setakat ini mengelak daripada menyasarkan bangunan kerajaan di pusat bandar.

Pegawai Ukraine dilaporkan berkata dua orang terbunuh dan 11 cedera dalam serangan itu.

Antara yang maut ialah seorang kanak-kanak berusia setahun, yang mayatnya digali keluar dari runtuhan oleh penyelamat, kata Tymur Tkachenko, ketua pentadbiran bandar Kyiv, dilaporkan AP.

Serpihan dron Rusia melanda bangunan kediaman empat tingkat di daerah Sviatoshynskyi dan Darnytskyi di Kyiv, menurut Datuk Bandar Vitallii Klitschko.

Serangan pada Ahad dikatakan serangan dron dan peluru berpandu Rusia kedua yang menyasarkan Kyiv dalam tempoh dua minggu, ketika harapan untuk rundingan damai semakin berkurangan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju