Aryna Sabalenka mengatasi pemain Amerika Syarikat Amanda Anisimova, 24, untuk kemenangan 6-3, 7-6 (3) pada final Terbuka AS Sabtu, menjadikannya wanita pertama memenangi kejohanan itu dalam dua tahun berturut-turut sejak Serena Williams lebih sedekad lalu, menurut laporan AP.
Sabalenka, 27, dari Belarus yang menduduki ranking No. 1 merangkul gelaran Grand Slam keempat dalam kariernya, semuanya di gelanggang keras.



