Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila sebuah troli kereta gantung kargo yang digunakan untuk membawa bahan binaan ke atas bukit itu runtuh dan jatuh dari ketinggian selepas kabelnya terputus di negeri Gujarat di barat India pada Sabtu, lapor Xinhua memetik seorang pegawai tempatan mengesahkan melalui telefon.
Insiden itu dilaporkan berlaku di tapak Shaktipeeth di Bukit Pavagadh di daerah Panchmahal di negeri itu.
Pegawai kanan daerah Ajay Dahiya dilaporkan memberitahu media lima orang berada di dalam troli itu ketika ia runtuh. Seorang lagi di atas tanah turut maut di tempat kejadian, tambahnya.
Semua yang maut adalah pekerja binaan. Siasatan telah diarahkan untuk mengetahui sebab kejadian, dan menetapkan akauntabiliti terhadap mereka yang bertanggungjawab.



