Di Kota Kinabalu, suasana di pusat beli-belah KK Plaza tiba-tiba bertukar panik selepas seorang lelaki dilaporkan terjatuh dari bangunan, menghempap sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir, pagi tadi.
Menurut laporan BH Online, dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun dilaporkan cedera parah akibat hentakan kuat namun masih dalam keadaan sedar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.54 pagi.



