Lebih 1,000 terbunuh dalam tanah runtuh di perkampungan barat Sudan

Lebih 1,000 terbunuh dalam tanah runtuh di perkampungan barat Sudan

Lebih 1,000 orang kehilangan nyawa mereka dalam tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di sebuah kampung di Negeri Darfur Tengah di barat Sudan, lapor Anadolu memetik sebuah kumpulan bersenjata.

Pergerakan/Tentera Pembebasan Sudan (SLM/A), kumpulan yang mengawal kawasan itu, dilaporkan berkata dalam satu kenyataan, seluruh penduduk kampung Tarsin di Pergunungan Marra terbunuh pada 31 Ogos, selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh.

Hanya seorang yang terselamat daripada bencana itu, kata kumpulan itu seperti dilaporkan Anadolu, sambil menambah bahawa kebun sitrus yang terkenal di kampung itu musnah.

Ia menyeru pertubuhan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu dalam mendapatkan mayat dari bawah tanah.

Dalam satu kenyataan, Gabenor Darfur Minni Arko Minnawi dilaporkan menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi kemanusiaan yang melampaui sempadan rantau ini” dan merayu kepada organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk “campur tangan segera untuk memberikan sokongan dan bantuan pada saat genting ini, kerana tragedi itu di luar kemampuan rakyat kita.”

Kerajaan Sudan meratapi mangsa bencana tanah runtuh di kawasan Pergunungan Marra dan berjanji untuk menggerakkan semua sumber yang ada untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas dalam tragedi itu.

SLM/A ialah gerakan politik dan ketenteraan yang beroperasi di beberapa bahagian di Negeri Darfur, yang berada di bawah kawalan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera.

Bencana alam itu berlaku di tengah-tengah perang sengit antara tentera dan RSF, yang telah membunuh lebih 20,000 orang dan 14 juta orang kehilangan tempat tinggal sejak April 2023, menurut PBB dan pihak berkuasa tempatan.
Penyelidikan dari universiti AS, bagaimanapun, menganggarkan angka kematian sekitar 130,000.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju