Lapangan Terbang Istanbul di Türkiye adalah yang paling sibuk di Eropah dengan purata 1,635 penerbangan setiap hari pada 18 hingga 24 Ogos, lapor Anadolu memetik data mingguan oleh Organisasi Eropah untuk Keselamatan Navigasi Udara (Eurocontrol).
Lapangan Terbang Istanbul diikuti oleh Amsterdam dengan 1,450 penerbangan setiap hari, Lapangan Terbang Paris Charles De Gaulle dengan 1,432 penerbangan, Lapangan Terbang Frankfurt dengan 1,384 penerbangan, dan Lapangan Terbang London Heathrow dengan 1,346 penerbangan.
Hab Turkish Riviera, Lapangan Terbang Antalya, dengan 1,055 penerbangan setiap hari, dilaporkan lapangan terbang kelapan paling sibuk di Eropah.



