Dua orang maut dan enam lagi cedera pada Ahad semasa kerja penyelenggaraan rutin pada saluran paip gas di Ismailia, timur Kaherah, lapor Xinhua memetik Kementerian Petroleum dan Sumber Mineral.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu dilaporkan berkata, pasukan kecemasan bergegas ke kawasan Abu Sultan selepas menerima laporan “bunyi kuat” pada 6:40 petang waktu tempatan (1540 GMT).



