Pemain tenis Sorana Cirstea berkata trofi diterimanya selepas memenangi kejohanan wanita baru-baru ini telah dicuri dari bilik hotelnya di New York ketika dia bermain di Terbuka AS, lapor AP
Cirstea merayu agar trofi itu dikembalikan lewat malam Sabtu, dua hari selepas dia tersingkir daripada permainan perseorangan di Flushing Meadows.
“Sesiapa yang mencuri trofi Cleveland saya dari bilik 314 di The Fifty Sonesta, sila pulangkan!” Cirstea dilaporkan menulis di Instagram.
“Ia TIADA nilai material, hanya nilai sentimental. Ia akan (sangat) dihargai!”
Cirstea, 35 tahun, dari Romania, memenangi gelaran perseorangan ketiga dalam kerjayanya awal bulan ini dalam kejohanan pemanasan Cleveland untuk Terbuka AS. Dia kemudiannya tewas kepada pilihan No. 11 Karolina Muchova pada pusingan kedua di Flushing Meadows.
Pihak hotel dilaporkan berkata ia tidak mempunyai sebarang komen.



