Angka kematian penduduk Gaza melepasi 63 ribu sejak bermulanya pencerobohan Israel Oktober 2023

Angka kematian di Jalur Gaza telah mencecah 63,025, yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan sekurang-kurangnya 159,490 yang lain cedera, lapor Agensi Berita & Info Palestin (WAFA).

Menurutnya, angka ini masih tidak lengkap, kerana ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat.

Menurut WAFA, sumber menyatakan 59 mayat, termasuk dua mayat yang ditemui di bawah runtuhan, dan 224 individu yang cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut sumber dilaporkan WAFA, dalam tempoh 24 jam lalu, 23 orang awam telah terbunuh dan lebih daripada 182 yang lain cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan – menjadikan jumlah pencari bantuan yang terbunuh dalam serangan berkaitan bantuan kepada 2,203, dengan sekurang-kurangnya 16,228 yang lain cedera.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju