Lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Serangan Israel pada petang Isnin membunuh wartawan Al-Hayat Al-Jadida, Hasan Dohan di Khan Younes di selatan Jalur Gaza, lapor Agensi Berita & Info Palestin (WAFA).

Pengeboman Israel dilaporkan menyasarkan sebuah khemah melindungi orang kehilangan tempat tinggal di bandar itu, membunuh Dohan.

Menurut WAFA, pasukan pendudukan Israel pada petang Isnin juga membunuh tiga orang awam Palestin dan mencederakan yang lain di tengah dan utara Jalur Gaza.

Tentera penjajah dilaporkan melepaskan tembakan ke arah pencari bantuan Palestin di utara jalur itu, mengorbankan dua nyawa dan mencederakan yang lain.

Serangan yang menyasarkan sebuah rumah di Nusseirat di tengah jalur itu, dilaporkan membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain.

Menurut laporan WAFA, dalam 24 jam terakhir, 58 mayat rakyat Palestin yang terbunuh dan 308 terkorban telah dimasukkan ke hospital Gaza, sekali gus meningkatkan angka korban yang direkodkan kepada 62,744 kematian, selain 158,259 orang mengalami kecederaan, dengan majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju