Beberapa wartawan antara 20 orang awam Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser

Beberapa wartawan antara 20 orang awam Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser

Sumber perubatan mengumumkan pada Isnin, 20 rakyat terbunuh dan berpuluh-puluh cedera selepas tentera pendudukan Israel mengebom Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, lapor WAFA.

Antara wartawan yang terbunuh menurut laporan WAFA ialah wartawan foto atau jurukamera TV Palestin, Hossam al-Masry; jurukamera Al Jazeera, Mohammed Salama; Maryam Abu Daqqa; Moaz Abu Taha; dan Ahmed Abu Aziz.

Beberapa wartawan lain dilaporkan turut cedera, dan beberapa kru ambulans dan pertahanan awam terbunuh semasa memindahkan mangsa yang cedera.

Menurut Al Jazeera, Kementerian Kesihatan di jalur itu berkata pada Isnin mangsa terbunuh di tingkat empat hospital dalam serangan dua kali – satu peluru berpandu terkena dahulu, kemudian beberapa saat kemudian ketika kru penyelamat tiba.

Hossam (atau dieja juga Hussam) bertugas sebagai wartawan foto untuk agensi berita Reuters; Mariam (atau dieja Maryam) bertugas sebagai wartawan dengan beberapa saluran media, termasuk The Independent Arabic dan agensi berita The Associated Press (AP); dan Moaz bekerja untuk rangkaian NBC, menurut Al Jazeera memetik Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Menurut Al Jazeera, Reuters melaporkan suapan video langsung mereka dari hospital, yang dikendalikan oleh jurukamera al-Masri, tiba-tiba tertutup pada saat serangan awal.

“Rakan-rakan wartawan itu syahid apabila pendudukan Israel melakukan jenayah ngeri dengan mengebom sekumpulan wartawan yang sedang dalam misi liputan akhbar di Hospital Nasser di Kegabenoran Khan Younis dan ramai syahid menjadi mangsa jenayah ini,” kata pejabat media Gaza dalam satu kenyataan, menurut laporan Al Jazeera.

“Kami menganggap pendudukan Israel, pentadbiran Amerika, dan negara-negara yang mengambil bahagian dalam jenayah genosid seperti United Kingdom, Jerman, dan Perancis bertanggungjawab sepenuhnya kerana melakukan jenayah kejam ini.”

Menurut Al Jazeera, wartawan fotonya Mohammed (atau dieja Mohammad) berkahwin dengan seorang wartawan Palestin, Hala Asfour, tahun lalu di tengah-tengah perang genosid yang berterusan.

Sementara itu, Mariam dilaporkan meninggalkan seorang anak lelaki berusia 12 tahun, yang telah dipindahkan dari Gaza pada awal perang, menurut editor AP Abby Sewell, lapor Al Jazeera.

“Dia adalah seorang wira sejati, seperti semua rakan sekerja Palestin kami di Gaza,” Sewell dipetik sebagai berkata dalam catatan di X.

Serangan itu meningkatkan jumlah kematian wartawan Palestin yang terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023 kepada sekurang-kurangnya 274, menurut pengiraan Al Jazeera.

Menurut Al Jazeera, selain empat wartawan yang terbunuh, Hatem Khaled, seorang wartawan foto yang bekerja untuk Reuters juga antara mereka yang cedera, agensi itu mengesahkan. Khaled telah banyak mendokumentasikan perang di Gaza untuk Reuters.

Dalam pada itu, Xinhua melaporkan, tentera Israel mengakui menyasarkan Hospital Nasser di Gaza pada Isnin dan menyatakan kekesalan kerana serangan itu mengakibatkan kematian orang awam.

“Awal hari ini, tentera IDF (Pasukan Pertahanan Israel) melakukan serangan di kawasan Hospital Nasser di Khan Younis,” selatan Gaza, tentera Israel dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan, tanpa menjelaskan sebab serangan itu.

“IDF kesal dengan sebarang bahaya kepada individu yang tidak terlibat dan tidak menyasarkan wartawan seperti itu,” katanya, sambil menambah bahawa ketua tentera Eyal Zamir telah mengarahkan siasatan awal kes itu.

Baru-baru ini jurukamera TV Palestin, Khaled al-Madhoun dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel berasingan.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju