5 maut, 1 hilang dalam banjir kilat di Indonesia

Lima orang terbunuh dan seorang lagi hilang selepas banjir kilat melanda sungai di wilayah Aceh, Indonesia pada Ahad, lapor Xinhua memetik seorang penyelamat lokal.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berenang di Sungai Cot Kuala di Kabupaten Pidie, apabila banjir mengejut membawa mereka pergi,” Ibnu Harris Al Hussain, ketua pejabat mencari dan menyelamat wilayah dipetik berkata.

“Penyelamat menemui lima mangsa mati, manakala seorang masih hilang,” kata pegawai itu kepada Xinhua, sambil menambah bahawa hujan lebat di kawasan hulu mencetuskan banjir.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan oleh kakitangan tempatan tetapi dihentikan selepas malam dan akan disambung semula pada Isnin.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju