Sekurang-kurangnya seorang terbunuh pada Ahad dalam satu letupan di sebuah bangunan runcit terkemuka di tengah Moscow, lapor AP memetik perkhidmatan kecemasan.
Letupan dilaporkan berlaku di tingkat tiga pusat beli-belah Central Children’s Store, di Dataran Lubyanka.
Perkhidmatan kecemasan dipetik berkata letupan itu disebabkan oleh silinder gas, menurut agensi berita RIA Novosti milik kerajaan.
Dua daripada yang cedera dimasukkan ke hospital, Jabatan Kesihatan Moscow dipetik sebagai berkata.
Datuk bandar Sergei Sobyanin dipetik berkata kejadian itu berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan teknikal peralatan.



