Sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel di beberapa kawasan di Jalur Gaza pada petang Ahad.
Menurut Agensi Berita & Info Palestin (WAFA), sumber perubatan melaporkan enam orang terbunuh dan 86 yang lain cedera akibat pendudukan menyasarkan orang yang menunggu bantuan kemanusiaan di utara Jalur Gaza.
Dalam kejadian berasingan, seorang rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dan beberapa lagi cedera berikutan Israel menyasarkan orang menunggu bantuan di timur Deir al-Balah, di tengah Jalur Gaza.
Menurut WAFA, memetik sumber perubatan, empat orang awam Palestin termasuk dua kanak-kanak terbunuh dan yang lain cedera pada petang Ahad selepas sebuah dron Israel mengebom sebuah khemah menempatkan orang terlantar di barat Khan Yunis, selatan Jalur Gaza.
Dalam pada itu, enam rakyat Palestin dilaporkan turut terbunuh dan yang lain cedera selepas meriam Israel membedil rumah orang awam di sekitar Jalan al-Qayed di kawasan kejiranan al-Sabra di selatan bandar Gaza.



