Tiga orang dimasukkan ke hospital, termasuk dua dengan kesan tikaman, selepas didapati tidak bertindak balas di sebuah rumah di barat Sydney pada pagi Ahad, menurut laporan Xinhua.
Polis di negeri Australia, New South Wales dilaporkan berkata perkhidmatan kecemasan dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah di pinggir bandar Leura, 80 km barat pusat Sydney, kira-kira 7:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Pegawai tiba dan mendapati dua lelaki, kedua-duanya dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an, dengan beberapa kesan tikaman, dan seorang wanita dipercayai berusia 60-an, tidak sedarkan diri di tempat kejadian. Ketiga-tiga mereka tidak memberikan tindak balas.
Mereka dirawat oleh paramedik ambulans sebelum dibawa ke hospital. Kedua-dua lelaki itu berada dalam keadaan serius tetapi stabil, dan wanita itu kritikal.



