Kanak-kanak dua beradik terbunuh pada petang Sabtu selepas serangan udara Israel menyasarkan sekumpulan orang awam dekat Masjid Hamza di Jabalia Al-Nazla, di utara Jalur Gaza, apor WAFA.
Beberapa orang lagi dilaporkan cedera dalam serangan artileri Israel yang berasingan di kawasan Al-Sudaniya di barat laut Jalur Gaza, serta di bahagian tengah dan selatan Khan Younis di selatan.
Di bandar Gaza, pesawat perang Israel dilaporkan memusnahkan rumah keluarga Al-Qayed di kawasan Abu Sharia di kejiranan Al-Sabra, menambah lagi kerosakan yang meluas di bahagian selatan bandar itu.
WAFA melaporkan, menurut sumber perubatan, sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di seluruh Jalur Gaza sejak awal pagi Sabtu.



