Tiga maut, empat cedera apabila ribut ganas landa Romania

Tiga orang dilaporkan terbunuh dan empat lagi cedera apabila ribut ganas melanda Romania pada petang Jumaat.

Ribut itu membadai 18 daerah dan ibu kota Bucharest, menumbangkan lebih 240 pokok dan tiang elektrik, membanjiri berpuluh-puluh ruang bawah tanah dan halaman, serta merosakkan lebih 70 kereta, lapor Xinhua memetik Inspektorat Am untuk Situasi Kecemasan (IGSU).

Di daerah Arges, bumbung sebuah bangunan dilaporkan runtuh menimpa tiga orang, membunuh seorang lelaki berusia 18 tahun dan mencederakan dua yang lain.

Di daerah Ilfov, utara Bucharest, dua orang berkayak di Tasik Snagov dilaporkan mati lemas selepas bot mereka karam dalam air bergelora.

Di daerah Prahova dan Bucharest, dua lagi dilaporkan cedera masing-masing dihempap ​​bumbung dan sebatang pokok.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju