Datuk Bandar Barcelona dihalang ke Israel selepas keputusan putus hubungan dengan Tel Aviv

Datuk Bandar Barcelona dihalang ke Israel selepas keputusan putus hubungan dengan Tel Aviv

Datuk Bandar Barcelona dinafikan masuk ke Israel sebelum lawatan yang dirancang, selepas keputusan bandar Sepanyol itu memutuskan hubungan dengan Tel Aviv berhubung perang genosid Israel di Jalur Gaza, lapor Anadolu memetik media tempatan pada Jumaat.

Anadolu melaporkan, menurut akhbar harian Yedioth Ahronoth, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan Datuk Bandar Jaume Collboni, yang dijadualkan tiba di Israel pada malam Jumaat, dilarang masuk.

“Penolakan itu dibuat berikutan beberapa kenyataan baru-baru ini oleh datuk bandar itu terhadap Israel, dan selepas majlis bandar raya itu meluluskan resolusi pada Mei untuk memutuskan hubungan dengan Israel,” akhbar itu dipetik sebagai berkata.

Keputusan majlis bandar raya itu dibuat sebagai tindak balas terhadap jenayah perang Israel yang dilakukan terhadap orang awam di Jalur Gaza, setahun selepas pengiktirafan Sepanyol terhadap negara Palestin pada Mei 2024.

Menurut Anadolu, memetik Saluran 12 Israel, Collboni telah bersedia untuk melawat Yad Vashem, sebuah muzium di Baitulmaqdis Timur, dan bertemu dengan pegawai dari Pihak Berkuasa Palestin.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Israel dilaporkan melarang kemasukan ramai pegawai dan aktivis Barat yang menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin dan mengkritik tindakan ketenteraan Israel di Jalur Gaza.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju