Tiga orang, termasuk dua kanak-kanak, terbunuh ketika banjir dicetuskan oleh hujan lebat melanda beberapa bahagian di Yaman, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa pada Jumaat.
Media rasmi Kementerian Dalam Negeri dilaporkan berkata, dua kanak-kanak berusia enam dan lapan tahun, lemas dalam banjir di kawasan Jidfra daerah Bayhan di Shabwa. Seorang lelaki maut dalam kejadian berasingan di daerah Tarim di wilayah Hadramout di timur.
Pusat Ramalan Cuaca dan Amaran Awal Yaman dipetik berkata hujan dengan intensiti yang berbeza-beza, bersama-sama dengan ribut petir, dijangka berlaku di kawasan pantai selatan, timur dan barat, serta Kepulauan Socotra.



