Lima orang terbunuh dan 36 yang lain cedera dalam serangan dengan bahan letupan dekat Pangkalan Udara Marco Fidel Suarez di bandar Cali, Colombia pada Khamis, lapor Xinhua memetik pejabat datuk bandar.
“Serangan pengganas” yang dilakukan dengan bom itu berlaku sekitar jam 2:50 petang waktu tempatan, menurut Pasukan Aeroangkasa Colombia (FAC), yang mengulangi komitmennya terhadap keselamatan warga Colombia.
“Pos perintah disatukan kekal aktif dan semua organisasi bantuan bertindak balas terhadap kecemasan,” pejabat datuk bandar dipetik sebagai berkata.



