Kes Zara Qairina: 5 remaja dituduh guna perkataan mencela, mengaku tidak bersalah

Lima remaja didakwa di Mahkamah Kanak-kanak di Kota Kinabalu, hari ini, atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, lapor BH Online.

Menurut BH Online, semua remaja berumur bawah 18 tahun itu yang identiti mereka tidak boleh didedahkan mengikut Akta Kanak-kanak 2001, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, pada prosiding tertutup.

BH Online melaporkan, mengikut pertuduhan, mereka dituduh dalam mencapai niat bersama, telah menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina yang mana perkataan itu didengari yang mungkin menyebabkannya berasa terganggu dengan perkataan berkenaan, antara jam kira-kira 10 hingga 11 malam 15 Julai lalu di sebuah sekolah di Papar.

Pertuduhan dilaporkan dikemukakan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah dilaporkan berkata setiap tertuduh terbabit dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan deposit RM1,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Dia dipetik berkata, hanya perkara itu boleh didedahkan, manakala hal lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan dikeluarkan mahkamah.

Selain Nor Azizah, pihak pendakwaan turut dibarisi Timbalan Pendakwa Raya, Nik Haslinie Hashim, dan Deepa Nair Thevaharan.

Pasukan peguam, Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan dilaporkan mewakili seorang daripada tertuduh terbabit, manakala baki empat tertuduh lagi diwakili oleh peguam, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Farah Nazriah Chun Lee, Fareez Salleh dan Sylyester Kuan.

Sebutan semula kes dilaporkan ditetapkan pada 25 September dan 16 Oktober depan, manakala pendengaran kes bermula 8 hingga 12 Disember serta 15 hingga 19 Disember.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju