Sekurang-kurangnya 10 mayat ditemui manakala berpuluh-puluh lagi masih hilang selepas bot penumpang membawa kira-kira 50 orang karam di negeri Sokoto di utara Nigeria, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan pada Isnin.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada petang Ahad di kawasan kerajaan tempatan Goronyo.
Bot kayu itu dikatakan sedang menuju ke pasar tempatan di Goronyo ketika tragedi itu berlaku.



