Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 141 dron Ukraine sepanjang hari lalu, lapor Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Sistem pertahanan juga memintas empat bom udara berpandu dan dua peluru HIMARS buatan Amerika Syarikat, kementerian itu dilaporkan sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Akronim HIMARS bermaksud Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi.



