Kebakaran di kemudahan perindustrian di wilayah Ryazan, barat Rusia, membunuh 11 orang dan mencederakan 130 yang lain, lapor Xinhua memetik Kementerian Situasi Kecemasan Rusia pada Sabtu.
“Mayat dua lagi orang ditemui semasa pembersihan runtuhan. Secara keseluruhan, malangnya, 11 orang maut dan 130 orang cedera,” kementerian itu melaporkan di saluran Telegramnya.



