Seorang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam serangan dron Ukraine ke atas bangunan kediaman di wilayah Kursk Rusia awal Jumaat, lapor Xinhua memetik gabenor wilayah Alexander Khinshtein di saluran Telegramnya.
Menurut laporan awal, dron itu melanda sebuah bangunan bertingkat di Railway District di bandar itu, menyebabkan kebakaran yang melanda empat tingkat teratas.
“Kami sangat sedih, seorang wanita meninggal dunia. Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya,” catatan Khinshtein dipetik di Telegram.
Dia dilaporkan berkata, 10 lagi penduduk cedera, dengan seorang parah, dan semuanya sedang menerima rawatan perubatan.



