Sekurang-kurangnya 26 pendatang maut selepas dua bot karam dekat pulau Lampedusa di selatan Itali, lapor Xinhua memetik media Itali dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Rabu.
Tragedi itu dilaporkan berlaku kira-kira 14 batu nautika di selatan Lampedusa.
Mangsa terselamat dikatakan memaklumkan kepada pasukan penyelamat bahawa kapal kedua juga karam.
Secara keseluruhan, dilaporkan kira-kira 100 orang berada di atas kedua-dua bot itu, dengan 60 daripadanya telah selamat sampai ke pantai.
Operasi mencari mereka yang masih hilang dilaporkan sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat.



