Seorang lelaki ditahan selepas dua orang ditemui mati di sebuah rumah di pinggir tenggara Melbourne pada malam Isnin, lapor Xinhua.
Anggota polis menemui mayat seorang lelaki dan wanita selepas dipanggil untuk melaporkan gangguan di kediaman di Mount Waverley, 15 km tenggara pusat Melbourne, sejurus sebelum jam 10 malam pada Isnin.
Susulan pencarian besar melibatkan skuad anjing, seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan di stesen kereta api berdekatan kira-kira 1:40 pagi Selasa.
Ketika berucap pada sidang media di tempat kejadian pagi Selasa, Inspektor Detektif Skuad Pembunuhan Dean Thomas dilaporkan berkata, polis percaya lelaki berusia 34 tahun itu tiba di kediaman itu sebelum bermulanya pertikaian yang mengakibatkan kematian.



