Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan pada Isnin di tempat letak kereta sebuah kedai Target di ibu negeri Texas, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang, kemudian mencuri dua kereta semasa melarikan diri yang berakhir dengan polis menggunakan Taser untuk menahannya di seberang bandar, kata pihak berkuasa, menurut laporan AP.
Ketua Polis Austin, Lisa Davis dipetik berkata, suspek adalah seorang lelaki berusia 30-an dengan “sejarah kesihatan mental”.
Davis dipetik berkata, suspek melarikan diri dari tempat kejadian dengan sebuah kereta curi, memecahkan kereta itu kemudian mencuri sebuah lagi dari sebuah pengedar kereta.
Dia ditangkap di selatan Austin, di mana dia ditahan, katanya semasa sidang akhbar.
Dia dilaporkan berkata, pegawai yang bertindak balas menemui tiga orang maut ditembak di tempat letak kereta Target.
“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk Austin. Ia adalah hari yang sangat menyedihkan untuk kita semua dan ucapan takziah saya kepada keluarga,” katanya dipetik.



