Ribuan berhimpun tuntut keadilan bagi kematian Zara Qairina

Ribuan berhimpun tuntut keadilan bagi kematian Zara Qairina

Ribuan orang membanjiri Dataran Harbour Mall di Sandakan, Sabah, bagi menghadiri perhimpunan menuntut keadilan berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Matahir, lapor BH Online, hari ini.

Orang ramai dilaporkan mula hadir seawal jam 7 malam tadi bagi menunjukkan sokongan dengan membawa sepanduk dan kain rentang, manakala anggota polis turut berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Selain deklamasi puisi, perhimpunan lebih dua jam itu turut diisi dengan ucapan, doa serta persembahan teater.

Penyelaras Sekretariat Solidariti Untuk Zara, Mohamad Kadir Abdul Jalil, dipetik berkata program itu sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga Allahyarham, selain mendesak kebenaran di sebalik insiden itu didedahkan.

“Kami juga menggesa rakan dan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan berunsur fitnah atau tidak wajar (berhubung kes ini). Serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan.

“Kami tidak menyangka menerima sokongan luar biasa daripada masyarakat. Terima kasih kepada penduduk Sandakan kerana berdiri bersama,” dia dipetik berkata di majlis berkenaan.

Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama kira-kira jam 4 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju