Bas bawa orang berkabung dari pengebumian terbalik di Kenya, 25 terkorban

Bas bawa orang berkabung dari pengebumian terbalik di Kenya, 25 terkorban

Sebuah bas yang membawa orang berkabung pulang dari pengebumian di barat daya Kenya terbalik dan terjunam ke dalam parit pada petang Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan yang lain, lapor AP memetik pihak berkuasa.

Bas itu dikatakan dalam perjalanan dari pekan barat, Kakamega ke bandar Kisumu, tempat kemalangan itu berlaku.

Pemandu hilang kawalan bas ketika menghampiri bulatan pada kelajuan tinggi dan terjunam ke dalam parit, menurut Peter Maina, pegawai penguat kuasa trafik wilayah Nyanza, di mana Kisumu terletak.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun antara mangsa nahas, katanya.

Dua puluh sembilan orang pada mulanya dilaporkan cedera dalam nahas itu, dan empat daripada mereka meninggal dunia kemudian di hospital, kata Fredrick Ouma Oluga, setiausaha utama yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan perubatan di Kenya.

JEAANSP COD Murah Digital TV 32/26/24/22/19-inch HD 1080P DTV MYTV Smart TV 32/40/43/46/50 Inch Android 14.0 TV
Air fryer Household Smokeless Toaster Timer Oil Free Roaster Breakfast Machine Electric Oven Convection cooker
AXN Foldable Table Anti-slip Mini Table Laptop Notebook Meja Lipat Belajar Pelajar Kanak Computer Study Table 折叠电脑桌
Rak Baju /Single Double Pole Strong Steel Structure Laundry Cloth Rack Organizer / Cloth Hanger Stand / Penyangkut Baju