Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera pada Khamis dalam kemalangan jalan raya di negeri Laut Merah, timur Sudan, lapor Xinhua memetik kenyataan pejabat akhbar Polis Sudan.
Kemalangan dilaporkan berlaku apabila bas dikendalikan syarikat pengangkutan dalam perjalanan dari Port Sudan ke Kassala berlanggar dengan sebuah lori kargo.
Kelajuan berlebihan, memotong yang tidak betul, dan kecuaian pemandu disenaraikan sebagai punca nahas, kata kenyataan itu seperti dilaporkan.
Kemalangan jalan raya di Sudan lazimnya disebabkan oleh pemanduan melulu, infrastruktur jalan raya yang merosot, dan keadaan lapuk kebanyakan kenderaan.




